Showing posts with label myStory. Show all posts
Showing posts with label myStory. Show all posts

sabarlah duhai hati

Sunday, May 15, 2011
duhai hati
hati2 yang sepi
hati2 yang luka
hati2 yang menanti
hati2 yang gundah
hati2 yang kecewa
hati2 yang tiada henti
menangisi nasib diri
sabarlah duhai hati
kerana yakin di penghujung sabar
akan ada kemanisan
yang kita sendiri tidak mampu bayangkan.....

Maaf Dari Hati

Sunday, May 8, 2011
maafkan saya...
saya juga manusia biasa...
saya tau awak kecewa tapi saya terpaksa..
hati tidak mampu dibohongi...ish...

Pencuri Impian

Monday, March 28, 2011
seriusly, saya rasa tidak tahu mana yang hendak diselesaikankan dulu mana yang hendak diselesaikan kemudian sebab rase semua perkara nak cepat..kadang-kadang rasa nak mengalah aje dengan semua ini sebab mengalah bukan bererti kalah kan??
saya tau saya bukan perancang yang baik tapi saya usahakan untuk buat sekadar yang termampu..semua itu ade dependancy dengan orang lain..betapa susahnya hendak selesaikan semua ini sebab bukan semua perkara dapat dilakukan seperti yang dirancangkan..apa yang penting kerjasama!

kadang-kadang tu rase dah  buat yang terbaik dan cuba puaskan hati semua pihak tapi ade jugak yang tertinggal dan terlepas pandang..betapa pentingnya teguran dari org yg tahu semua ini....
bila orang tanya suka ke buat semua ini..bukan saya tak suka dan bukan jugak suka sangat tapi ye saya ok if all ok but if not, it go upside down! kadang saya fedup kadang saya puas hati, hanya jika semua berjalan lancar..tapi puas hati tu sangat sedikit berbanding rase fedup yang saya alami sekarang...apakah?!!

masa sebanyak mane pun yang diperlukan tidak dapat mengembalikan masa-masa yang telah lalu..hari ini tidak akan menjadi 25 hb March 2011 lagi...oh, saya telah merapu dan mengarut perkara-perkara karut marut..baik berhenti sebelum melalut lebih jauh lagi..tapi sebelum itu saya suka ayat ini~~~
ramainya pencuri impian diluar sana tapi itulah penguat usaha saya untuk melakukan yang terbaekkkk!! 

Bersediakah Kamu

Friday, January 14, 2011
saya sangat risau dan bimbang dengan hari esok..walaupun ade bijak pandai berkata apa yang kita risaukan itu mungkin tidak akan terjadi.tapi kita harus bersedia kan sebab hari esok bukan dalam kawalan kita..tapi serius saya risau sebab ini melibatkan kerjaya saya..ooo saya harus positif dan yakin esok akan berjalan seperti biasa..saya sudah melakukan apa yang terdaya dan hasilnya hanya Allah Yang Maha Berkuasa menentukan..ini hanya performance didunia ni..
di 'dunia sebelah sana' tiada siapa yang tahu....positif positi positif.....

Tahun Baru 2011

Saturday, January 1, 2011
Tahun Baru 2011?? ini menurut kiraan omputih tp kalo ikut kiraan Islam Tahun Baru Hijrah sudah lama menjengah..harini dah masuk 25 Muharam 1432...tapi entah nampaknye sambutan tahun baru masihi lagi dilebihkan-lebihkan..apa-apapun  aku bukan nak merapu pasal perkiraan tahun ini.tapi menulis topik tahun baru.. 

~~iklan jap; uncle yang duk menyanyi kat tv2 ni siapakah??? ooo tan sri pengerusi rupanya..company dia yg taja patut boleh masuk tv..ecehh jgn saman saya lak...ni komen peribadi...

bagi aku setiap hari adalah hari baru.. setiap hari mesti ada matlamat yang hendak diselesaikan walaupun kdg2 aku pon macam lost biler terlalu banyak perkara yg hendak dilakukan..so lepas ini pastikan setiap matlamat itu dapat diselesaikan tak  kira matlamat hari itu, minggu itu, bulan itu atau tahun itu...macam ada matlamat jangka panjang dan juga matlamat jangka pendek la..

ade terbaca dari kata2  motivasi-setiap matlamat itu mesti dicatat, mesti ditulis atau 'ditepek' di dinding...teringat dulu2 mase nak periksa lagi2 periksa yg besar2 dari UPSR sampai STPM aku akan tulis dikertas ape yg aku nak..dan tgok hari2 matlamat tu..masih ingat lagi mase UPSR aku tulis besar-besar~SAYA MAHU 5A (atau lebih kurang ayat camni, nanti kene cek balik ape yg aku tulis sbb perkataan  ni masih tertulis dekat dinding bekas bilik aku kt kg..huhuhu)..dan akhirnya mmg itu yg aku dpat!! yelah dulu masa zman bebudak kita akan ikut apa yg cikgu suruh sbb masa tu otak budak2 bersih suci tak macam zman skang....tapi relevankah aku nak tulis lagi kat dinding sbb skang kan zaman IT..semua pakat masuk dalam komputer saja..tp nak tulis dekat wallpaper komp pulak tak boleh sbb company ni pakai standard wallpaper..

Selain matlamat itu ditulis kene ade usaha dan selebihnya bertawakal.. usaha penting sbb tanpa usaha semua akan jadi sia-sia..ooo tidak mungkin..contoh logik dan paling dekat kalau kita punye matlamat nak pakai kereta tahun sekian sekian tapi setiap kali gaji duit simpanan pon takde camano nak buat tu..ingat beli kete pakai air liur jek? ooo tak boleh tak mungkin...lain la anak org kaya boleh jek pakai air liur cakap kat mak ayah nak kete sekian-sekian, esok bangun pagi kete depan mata...kan kan? tapi itu bukan aku...

Tawakal atau berserah pada Yang Maha Berkuasa itu adalah yg plg last.kita sbg hamba tak boleh menidakkan Kuasa-NYA.. apa-apa pun boleh berlaku kan..so jangan rasa kita dah cukup hebat sebab setakat mane pun hebat kita tu..

So untuk tahun baru ni..azam baru aku tidak sebaru mane sbb bagi aku setiap hari adalah hari yang baru...tapi ade satu matlamat jangka panjang kut sbb aku tatau bile matlamat ni akan tercapai..muahaha(^,^)

~~SELAMAT TAHUN BARU 2011--cantik tarikh 01-01-2011 ;)


rimas

Sunday, December 19, 2010
"awak tolong buat itu ini begitu begini"
"kalau saya tak nak buat"
"potong markah"
adeih senang je cakap kan..
yup , i know i'm not perfect but this gonna be sumthin that didn't like..kadang2 tu tersepit...buat salah tak buat salah..

nak tulis panjang2 tp lupakan la yg telah berlalu...esok episod baru bermula...

quote from http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1324-jangan-sombong-dengan-takdir.html

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"

SALAM AIDILADHA 1431H

Wednesday, November 17, 2010
SaLaM AidiLAdha untuk semua...inilah kali pertama aku beraya jauh dari family...even org kata (bukan aku kata) raya haji tak semeriah hari raya puasa tapi bile dengar suara takbir tetap rasa sayu di hati...so sepanjang 4 hari ni takbir akan terus bergema dan aku akan terus menahan rasa omsick di sini..oh tidakkk!!
lagi2 kat opis semalam dorang2 kat sini duk bertanya...tak balik kg ke? tak cuti ke? eh nape tak cuti? lagi lah menambah rase sedih di hati ini....ade yg lagi sengaja pon ade...yeeep, tahu niat dorang hanya nak bergurau tapi itulah yg makin menambah rase sayu, sedih, nak menitiskan airmata pon ade...huuu~~~ tanak la lenkali tak balik...pas ni pasang niat nak balik kg setiap kali raya puasa and raya haji!!

Template Baru-3

Ni template yg kali ke-brape ntah...jenuh la nak edit menda alah ni...huhu....dunia coding telah lama aku tggalkan...so juz use the free template ajelah...so inilah hasil yg ntah tahun bler lak aku nak edit lagi....

Template Baru-2

Monday, November 15, 2010
eiii...mane ilangnye dashboard yg atas tempalte baru ni...susah la nak masuk nak update blog...nak godeh2 satu hal biler lak nye...aku bukannye ngadap blog ni sokmo..huuu~~.takmo tukar template lain sbb dah suke dah template yg pakai skang ni...Shoutbox pon tak jadi tak bleh nak taip mesej pon...tgah de mood nak blogiing balik jadik camni lak...spoil betol la....sesapa yg terror coding nak mintak tolong tgokkan coding ni.....huuu~~~~

Template baru

Sunday, November 14, 2010
ishhh....menci betol la...aku yg dah tak hengat cara2 nak edit ke blog ni yg dah lain...manyak features yg dah ilang dah... have to take time tu re-create....macam org kata mula dr awal....seme2 mende dah ilang ni....adeihh....link ke blog saing2 pon dah ilang...cuma link mane2 yg sempat jelah..tgah ade mood ni tp sbb seme dah lain kene buat balik...pastu biler buat tenet lak de prob...pastu template ni pon cam ilang yg aku kene sign in kata atas tu...ape mende org sebut ntah...takkan nak tukar template lain, nak carik satu hal,aku dah berkenan template ni tanak tukar dah...tp tgok la esok lusa kalau ade mase dan ada kerajinan boleh je tukar...huhu....

Hari ini 14-10-2010

dunia blogging telah lama aku tinggalkan..kenape....tiada masa maybe...skang if have a plenty of time prefer to open facebook...juz to get some update from my frenz...blogging telah lama aku tinggalkan..lagipun aku bukan aktive sangat pon berblogging hanaya sekadar suka-suka...

dah hari ni tengah melayari internet rase macam nak men-update kan sikit blog lepas melawat blog2 kenkawan yg lelain dan nilah hasilnya aku tukar template baru...aku suke template ni sbb i think its nice...rase cam comeii and tak serabut...lagipun blog ni dah berzaman tak di update...nak tutup cam sayang tapi tak tutup dibiarkan bersawang...huh....

so nilah blog baru...IF i got time nak rajin2 update blog ni...kerja seharian duk ngadap komputer kadang2 busan gak..pe salahnye luangkan sket mase update blog bukan nak blogging seharian ke sbb aku utamakan keje yang harus disettlekan......

so check out the new template yang aku amek dr web ni http://btemplates.com....
kene refresh balik nak mengdesign blog ni...lupe dah mane nak button2 nye..huhuhu...

kacang tumbuh dalam perut

Thursday, August 12, 2010
copy from link http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm


Kacang pis tumbuh dalam paru-paru


RON SVEDEN


BREWSTER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas guru yang sesak nafas selama beberapa bulan, Ron Sveden terkejut apabila beberapa doktor memberitahu terdapat anak pokok kacang pis yang sedang membesar dalam paru-parunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sveden menghidap penyakit paru-paru kronik, emphysema semasa keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk.

"Saya sering batuk," kata pesara berusia 75 tahun itu

Isterinya, Nancy menghubungi ambulans pada 31 Mei lalu apabila keadaan suaminya bertambah teruk.

Ujian sinar-X kemudian mendapati paru-paru kiri warga emas itu tidak berfungsi tetapi doktor-doktor bingung kerana tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser paru-paru.

Namun, doktor kemudian mendapati terdapat anak pokok kacang pis tumbuh dalam paru-paru Sveden berdasarkan sampel organ berkenaan yang diambil mereka.

Doktor-doktor percaya pokok kacang pea itu tumbuh dalam paru-parunya kerana ia termasuk ke dalam sistem pernafasan Sveden semasa dia menelan kacang itu.

Dia kemudian menjalani pembedahan bagi membuang anak pokok pis itu.

Namun, hidangan pertama selepas dia menjalani pembedahan itu ialah kacang pis.

"Saya ketawa bersendirian dan memakannya (kacang pis)," kata Sveden. - Agensi




~~~~aku tersenyum sendiri baca berita ni sbb dulu masa kecik2 slalu je kalo tertelan biji buah jambu ke, manggis ke, selalu ade org takutkan kan nanti tumbuh dlam perut....dan kes tu terjadi dalam dunia nyata...~~~~~`

Blog...i'm back

salam ramadhan..
pejam celik pejam celik...dah masuk ramadhan 1431 hijrah...betapa cepatnya masa berlalu...
lama rupe ku nyer ku tgggalkan blogku ini tanpa apa2 update...cbukkah dgan keje2 atau dunia ku sendiri...entah...no rigid answer....rase nak mengupdate kembali blog ini tuk diriku sendiri...bkn ntuk sape2...tgok kelapangan masa dan kerajinanku jugak and selagi boleh access blog lagi dekat opis...

Kalaulah.......

Friday, September 11, 2009
kalau lah aku boleh lari dari semua ini...
kalau lah aku ada pilihan lain...
kalau lah aku diberi peluang lain...
kalau lah ada yg sudi menolong.....
kalau lah...
kalau...

aku keliru

Friday, August 21, 2009
dalam hidup...
terlalu banyak yang perlu difikirkan,
lalui,hadapi,tangani,selesaikan,
kadang-kadang ada yang terlepas pandang,
kita pun tak tahu,
apakah itu petanda kita alpa,
atau memang peringatan daripada-Nya..
suratankah?
atau kebetulankah?
kita terus keliru...

dalam hidup ini,
nak mengharapkan sangat akan sesuatu,
atau seseorang,
atau mimpi jadi pasti,
atau impian jadi kenyataan,
atau angan-angan jadi realiti,
tak payahlah,
tak usahlah,
tak berbaloi,
nanti sendiri yang kecewa,
sakit jiwa raga,
tanggunglah padahnya..

TAPI..
kalau dah usaha sesungguhnya,
beri semua usaha,
hingga ke titisan peluh yang terakhir,
sakitnya akan kurang terasa,
(eh,kurang ke???)
kerana kita tahu,
kita telah usaha sepenuh hati,
tapi itu bukan rezeki kita,
bukan tuah kita,
bukan takdir kita,
bukan hak kita,
apa yang mampu hanya berserah,
pasrah dan relakan sahaja,
yakinlah pasti ada,
yang lebih baik untuk kita,
di sini atau 'di sana'..

hidup ada pasang surutnya,
ada turun naiknya,
jika ada gembira,
pasti menyusul pula sedih,
atau ada susah,
kemudian akan senang,
atau susah kembali,
atau senang saja pada awalnya tapi susah akhirnya,
jangan susah tak senang-senang,
jangan mimpi akan senang selamanya,
jangan jadi susah selamanya,

itulah hidup..
peraturan dan percaturan,
yang sentiasa memburu,
ke mana pun kita pergi,
tapi hidup bukan untuk diperjudikan,
kerana hidup itu satu perjuangan...

SaLaM RaMaDhaN

Salam ramadhan buat semua..

kalo dulu aku rajin gak anto sms kt family @ kenkawan atau dorg2 anto kt aku..tp skang cam kurg dah..nak kata bz tak jugak, nak kata malas pun mungkin la..
ini la 1st time aku puasa jauh dr family n jauh dr kgku..tak pasti lg suasana camne..
harap dpt bersabar dan semoga ramadan kali ini bukan terakhir untukku dan semua..

aku dan kejeku....

Saturday, June 6, 2009
dah lama aku tak meng"update" kan crita aku kat cni...
maybe kesempatan masa tu kurang sket nak bercerita kat cni...
hidup sebagai pekerja nie bukan sesenang time jd student dulu..
banyak perkara nak kena settle kan...
lagi2 byak perkara baru yg aku kena belaja...ntah la...
aku nak describe pasal keje ni pon tak tau nak kata camne...
skang aku cuma ikut arus sahaja dan ikut arahan..
org suh buat keje aku buat..tak komplen byk2...haha..
boleh ke camtu?
lantak la...dah tu takkan nak melawan lak kan??
one thing i keep in my mind..
enjoy to work so that u will not being burden by it..


selama kat cni jugak aku belaja hidup berdikari...huhu
tak bleh nak harap orang sngat..
pg2 naik lrt pegi keje...bersesak2 tu dah jd rutin hidup aku skang...
masa mula2 cam terkejut jugak..sesak nafas n lenguh kaki duk dlm tu..
tp lama2 dah tak heran dah...
kalo naik teksi pakai duit lak sbb balik keje pon bukan on time...
selama ni aku rase ok je naik teksi tp pengalamn semalam buat aku berfikir seploh kali nak naik teksi sorg2..pengalaman pe??
nanti la aku update kan kalo de mase...


keje kat mana2 pon de susah senang nyer...
hanya berharap aku mampu bertahan selama mungkin...

april_2009

Saturday, April 18, 2009
it's been a long time since i didn't update the blog..
no time?? maybe la..

banyak perkara yg berlaku tp kesuntukan masa membataskan semua..
aku sekarang dlm dunia baru...
banyak perkara yg aku tak tahu dah harus byak lagi belajar...

bukan tak nak berkongsi cerita tp masa membataskan semua...
dis is my decision and i have to face it...
like or not...
but i'm enjoy to faced it and hope i
mampu bertahan..

::masuk sekolah::

Tuesday, February 3, 2009
dah lama aku membiarkan blog ku ini tanpa di update..@jelir@jelir
penganggur mmg cenggini tak banyak cerita yg nak dikhabarkan...
dalam lebih kurang 2 minggu ni aku duk umah aje..@nari@nari
walau duduk di rumah jangan ingat takde keje yg aku buat..
surirumah pon banyak keje yg nak diuruskan...
basuh baju, memasak dan kemas rumah...itu lah rutin harianku kini..@waswas@waswas
tapi rasa macam tak berkembang pemikiran kalau asek duduk camni saja..

so, last saturday aku daftarkan diri amek lesen kereta..
masuk sekolah balik...sekolah memandu...
dan hari ni 1st time bwak kereta..
sangat la nervous mula2 bawak kereta tu...
sebelum ni mana pernah bawak kereta!@hah@hah
kalau naik tu selalu la tp bukan jd driver...
nasib cikgu yg ajar tu ok takde la marah2 cuma selalu sindir2...@gigil@gigil
tahan jelah telinga ni...
tapi mmg mula2 bwak aku tersangat la nervous smp stereng kereta aku pegang macam stereng tu nak tercabut je..@gigit@gigit
smp cikgu berapa kali tegur jangan pegang kuat2 stereng...
dan 2-3 kali jugak terasa macam aku bawak kereta kuda...
asek tersengguk-sengguk...adeihh....
asek mati je tengah2 jalan...
aku tak dapat bayangkan muka aku yang sangat nervous masa bawak kereta tu...
smp dah abes bawak kereta pon cikgu tu still tanya berdebo lagi ke??
camne nak bawak tengah jalan betol2 nanti?@tutupmata@tutupmata
aku pon tak pasti..
ini bukan something yg aku biasa buat...

tapi org kata alah bisa tegal biasa...
mean?? lama2 nanti moga2 aku akan lebih yakin nak bwak kereta...
bagi aku bawak moto cam lagi senang sebabnya dah biasa...
tapi prinsip aku kalo dah mula buat sesuatu kena buat sampai abes jugak...
tak suka hanya sekerat jalan je...

practice make perfect right??SmileSmile

ALhamduLiLLah

Thursday, January 22, 2009
alhamdulillah...
akhirnya aku lulus jugak exam scwcd ni...
puas hati sebab dah usaha..
tapi tadi berdebo jugak ssb bnyak soklan yg konpius...
TQ kpd yg bg sokongan dan support pada ku..

sekarang aku akan teruskan usaha pencarian kerja plop...
yang pasti aku yakin rezeki aku ada...
tengok la kalo ade mase nak br dapat update blog...

dan kepada semua kengkawan jasper, hope semua dapat keje yg best2..
pasni kalo wat reunion jgn lupa inform aku ok...