Tahun Baru 2011?? ini menurut kiraan omputih tp kalo ikut kiraan Islam Tahun Baru Hijrah sudah lama menjengah..harini dah masuk 25 Muharam 1432...tapi entah nampaknye sambutan tahun baru masihi lagi dilebihkan-lebihkan..apa-apapun aku bukan nak merapu pasal perkiraan tahun ini.tapi menulis topik tahun baru..
~~iklan jap; uncle yang duk menyanyi kat tv2 ni siapakah??? ooo tan sri pengerusi rupanya..company dia yg taja patut boleh masuk tv..ecehh jgn saman saya lak...ni komen peribadi...
bagi aku setiap hari adalah hari baru.. setiap hari mesti ada matlamat yang hendak diselesaikan walaupun kdg2 aku pon macam lost biler terlalu banyak perkara yg hendak dilakukan..so lepas ini pastikan setiap matlamat itu dapat diselesaikan tak kira matlamat hari itu, minggu itu, bulan itu atau tahun itu...macam ada matlamat jangka panjang dan juga matlamat jangka pendek la..
ade terbaca dari kata2 motivasi-setiap matlamat itu mesti dicatat, mesti ditulis atau 'ditepek' di dinding...teringat dulu2 mase nak periksa lagi2 periksa yg besar2 dari UPSR sampai STPM aku akan tulis dikertas ape yg aku nak..dan tgok hari2 matlamat tu..masih ingat lagi mase UPSR aku tulis besar-besar~SAYA MAHU 5A (atau lebih kurang ayat camni, nanti kene cek balik ape yg aku tulis sbb perkataan ni masih tertulis dekat dinding bekas bilik aku kt kg..huhuhu)..dan akhirnya mmg itu yg aku dpat!! yelah dulu masa zman bebudak kita akan ikut apa yg cikgu suruh sbb masa tu otak budak2 bersih suci tak macam zman skang....tapi relevankah aku nak tulis lagi kat dinding sbb skang kan zaman IT..semua pakat masuk dalam komputer saja..tp nak tulis dekat wallpaper komp pulak tak boleh sbb company ni pakai standard wallpaper..
Selain matlamat itu ditulis kene ade usaha dan selebihnya bertawakal.. usaha penting sbb tanpa usaha semua akan jadi sia-sia..ooo tidak mungkin..contoh logik dan paling dekat kalau kita punye matlamat nak pakai kereta tahun sekian sekian tapi setiap kali gaji duit simpanan pon takde camano nak buat tu..ingat beli kete pakai air liur jek? ooo tak boleh tak mungkin...lain la anak org kaya boleh jek pakai air liur cakap kat mak ayah nak kete sekian-sekian, esok bangun pagi kete depan mata...kan kan? tapi itu bukan aku...
Tawakal atau berserah pada Yang Maha Berkuasa itu adalah yg plg last.kita sbg hamba tak boleh menidakkan Kuasa-NYA.. apa-apa pun boleh berlaku kan..so jangan rasa kita dah cukup hebat sebab setakat mane pun hebat kita tu..
So untuk tahun baru ni..azam baru aku tidak sebaru mane sbb bagi aku setiap hari adalah hari yang baru...tapi ade satu matlamat jangka panjang kut sbb aku tatau bile matlamat ni akan tercapai..muahaha(^,^)
~~SELAMAT TAHUN BARU 2011--cantik tarikh 01-01-2011 ;)
1 comments:
selamat thn baru....!!
http://fadthnwan.blogspot.com
Post a Comment