entah kenapa aku rasa hilang fokus dan arah tujuan sekejap.rase macam semua yang aku buat serba tak kena.ada saja yang tidak dapat diselesaikan.tolonglah aku perlukan masa untk menyelesaikan satu demi satu semua itu.tangan cuma ada dua,masa pun 24 jam.sama macam kamu.rasa macam tak berbaloi apa yang telah aku buat selama ini.
memang betul lidah itu lebih tajam dari mata pisau...ooh....disebabkan kata-katamu itu buat aku terfikir kembali apa yg telah aku lakukan sepanjang aku disini. adakah itu satu kata-kata sinis dan ingatan untuk aku. entah aku hanya mahu pikirkan yang positif saja.aku perlukan masa untuk muhasabah diri.
atau adakah aku perlu pergi bercuti. satu perasaan yang menggembirakan bila sebut cuti.tapi kalau nama sahaja bercuti tapi hakikatnya tidak ,baik tak payah.rasa nak lari sekejap dari semua ini.boleh tak aku mahu pejamkan mata dan terbang dari sini.itu hanya angan-angan saja..
0 comments:
Post a Comment